top of page

PROGRAM DAN AKTIVITI

18/04/2015
Kem Bestari Solat I telah diadakan pada 7/3/15 hari Sabtu. Kem bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari. Kem ini mensasarkan semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6 meliputi kelas PKIBP. Kem ini bertujuan memberikan pendedahan kepada murid tentang solat serta amali melaksanakan solat.

Kem Bestari Solat

Maulidur Rasul

28/01/2015

Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah pun diadakan pada 28 Januari 2015 bergabung di antara SK. Sultan Abu Bakar (1) dan SK. Sultan Abu Bakar (2). Murid-murid berarak sambil memegang sepanduk kelab masing-masing dan berselawat menuju ke Dewan SKSAB (2). Antara pengisiannya ialah Ratib Al-Atas dan ceramah oleh penceramah jemputan.

Sumbangan Bubur Lambuk

02/07/2015

Projek sumbangan bubur lambuk ini adalah salah satu projek jalinan bagi program Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) dengan komuniti setempat. Bubur lambuk yang dihasilkan oleh warga sekolah diedarkan kepada semua murid sekolah ini dan juga kepada Persatuan Kebajikan Anak Yatim Islam Muar (PKAYIM) berserta sumbangan hamper dan wang ringgit.

Majlis Hari Raya Aidilfitri

30/07/2015

Majlis Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah telah diadakan pada 30 Julai 2015 (Khamis) dengan penuh meriah. Bermula dengan bacaan Berzanji, selawat dan marhaban, majlis dimeriahkan lagi dengan simfoni dari PKIBP. Murid  dijamu dengan juadah hari raya iaitu ketupat dan kuih muih pada waktu rehat. Majlis diteruskan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu hari raya dan pertandingan pakaian raya tercantik dan penyampaian hadiah.

02/07/2015
Majlis berbuka puasa peringkat sekolah diadakan pada 2 Julai 2015. Majlis dimulakan dengan bacaan Ratib Al-Attas. Selepas berbuka puasa, majlis diteruskan dengan Solat Maghrib berjamaah, Solat Hajat dan Solat Isya' berjamaah serta Solat Terawikh di dataran kejat. 

Majlis Berbuka Puasa

27/08/2015
Program Solat hajat Perdana telah diadakan pada 27 Ogos 2015 di Masjid Sultan Ibrahim, Muar. Program ini merupakan program gabungan tiga buah sekolah iaitu SK. Sultan Abu Bakar (1), SK. Sultan Abu Bakar (2) dan SK. Dumpar. Program ini dihadiri oleh guru-guru, murid-murid tahun 6 dan ibu bapa murid serta ahli jemaah masjid.

Solat Hajat Perdana

Majlis Khatam Al-Quran & Penyampaian Sumbangan

09/07/2015

Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Sumbangan telah diadakan pada 9 Julai 2015. Peserta Khatam terdiri daripada murid Tahun 6 Nilam. Peserta Khatam menerima sumbangan berbentuk wang ringgit serta sijil dari pihak sekolah. Sumbangan juga disampaikan kepada murid miskin dan anak yatim.

Program Ratib Al-Attas

Program Ratib Al-Attas ini dilaksanakan secara berkala iaitu pada setiap hari khamis. Ia dijalankan selaras dengan Program Budaya Al-Quran yang disarankan kepada setiap sekolah. Ratib ini dipimpin oleh En. Fadhil Bin Mohamad Amin dan dibantu oleh En. Mohd Shihan Shah Bin Abd Rauf. Pihak sekolah telah membeli Buku Ratib Al-Attas untuk panduan dan bacaan murid-murid  dan guru-guru sekolah ini.
bottom of page