top of page

Puan Hajah Maznah Binti Amir

Guru Besar

        Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya, dapat saya mencatat sepatah dua kata di dalam LAMAN WEB SURAU AL-FALAH sekolah ini.

       Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada guru-guru dan semua pihak yang telah berjaya menghasilkan LAMAN WEB SURAU AL-FALAH ini.

       Secara ringkas saya ingin menjelaskan bahawa sekolah ini merupakan sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan(SKK) yang menyediakan kurikulum yang mengintegrasikan aspek kecemerlangan akademik disamping memberi fokus yang mencukupi untuk aspek koakademik. Disamping itu aspek keagamaan amat dititikberatkan untuk melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

       Saya yakin  jika elemen-elemen ini mampu digabungjalin dengan baik maka akan lahirlah masyarakat kecil yang berakhlak, harmonis dan mendokong aspirasi ke arah negara yang cemerlang di dunia dan akhirat.

       Dengan wujudnya LAMAN WEB SURAU AL-FALAH ini saya amat positif bahawa ia boleh dijadikan salah satu bahan rujukan oleh guru, murid dan komuniti setempat untuk mengakses maklumat-maklumat atau info yang terkini .Laman web ini juga melambangkan daya usaha dan kesediaan sekolah ini untuk mempamerkan program dan aktiviti Panitia Pendidikan Islam dan Surau Sekolah.

       Diharap laman web ini dapat memberi banyak manfaat kepada pelawat dan masyarakat untuk mengetahui dan mengenali sekolah ini secara lebih dekat lagi.

       Selamat datang dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung laman web ini.

Sekian, terima kasih dan wassalam.

 

Pn Hajah Maznah Binti Amir

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sultan Abu Bakar (1),
Sekolah Kluster Kecemerlangan,

Jalan Junid,

84000 Muar, Johor Darul Ta’zim.

 

bottom of page